Monday, October 29, 2012

Lebih Ramai Pengkhianat, Lebih Baik Untuk Melayu.


Kerajaan Rakyat berpendapat, kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee tidak melambangkan inspirasi sebenar bangsa Melayu masakini.
Umno Pengkhianat Melayu
Ketua Umno Cheras itu dilaporkan berkata, pemimpin akar umbi Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama. Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

Silap!!! Ante silap besar beb. Sebenarnya Melayu masakini memerlukan, malah mendoakan agar lebih ramai menjadi pengkhianat dalam Umno. 

Ketahuilah, mereka yang mengkhianati Umno adalah pejuang bangsa Melayu sebenar, kerna dengan mengkhianati Umno bermakna kita menyelamatkan bangsa Melayu dan negara dari terus dikhianati oleh Umno!


"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Elooo beb, ketahuilah bahwasanya mensabotaj calon-calon BN khususnya calon Umno adalah kerja mulia yang wajar dilakukan oleh semua anak bangsa Malaysia!!

Syed Ali bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.