Friday, October 19, 2012

Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tersungkur (Video)


Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tersungkur (Video)
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, mempunyai sejarah kehilangan kasut dan satu lagi insiden melibatkan alas kakinya itu membuat Cik Gillard tersungkur dalam kejadian yang menjadi tajuk berita semalam.
Pemimpin wanita pertama negara itu, yang minggu lalu menarik perhatian antarabangsa kerana ucapan pedas tentang seksisme dan sifat benci perempuan, baru sahaja meletakkan lingkaran bunga di tugu peringatan Gandhi di New Delhi kelmarin, apabila beliau tersungkur di hadapan kamera. (Video)

Beliau sedang berjalan ke arah wartawan bagi mengadakan sidang media apabila tumit kasut tingginya terbenam dalam rumput yang lembut dan beliau terserembab.
Cik Gillard segera bangun sambil tertawa.
Klip video yang menunjukkan beliau terjatuh dimainkan berkali-kali di Australia semalam dan juga digunakan bagi rancangan berita Amerika serta di laman media sosial.
Penulis ruangan gosip akhbar tabloid Sydney, Daily Telegraph, menganalisis bagaimana rumput dan kasut tumit tinggi tidak boleh bertemu.
"Rumput - tidak boleh merentasinya dengan lemah gemalai menggunakan kasut tumit tinggi, tidak boleh terserembab ke atasnya dengan memakai jaket (warna) krim dan bangun tanpa sebarang kotoran," nyata akhbar itu.
"Berita baik adalah, Cik Gillard tidak luka dan sekurang-kurangnya mempunyai gaya membersihkan dirinya dan ketawa."
Cik Gillard pernah kehilangan kasutnya, sedang beliau dibawa pergi daripada penunjuk perasaan semasa menghadiri satu acara di Canberra Januari lalu.
Kasutnya kemudian ditemui di laman lelong, eBay. - AFP. 
Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan?
Buat pesanan Buku Setan Syaitan Sultan DI SINI.