Wednesday, October 3, 2012

Sampai hati Najib main-mainkan I macam ni

najib bohong tarif elekrik naik
Najib, haritu kan, hari Jumaat baru ni kan. Kan you cakap macam you cakap dulu-dulu. You kata rakyat didahulukan. You janji nak beri duit kat rakyat. You janji nak tolong rakyat. Duit you belum beri, you dah naikkan caj letrik.

Tak baik la you buat camni. Dosa tau, you main-mainkan rakyat macam ni.

Najib, I baru berangan nak undi parti you, parti Umno you tu. I ingatkan you betul-betul nak nolong rakyat, rupanya you sengaja nak main-mainkan rakyat.

Najib, kalau I ni macam Iskandar tu, takpelah. Ni I bukannya Sultan macam Iskandar tu. Kalau I Sultan, I tak kisah you nak naikkan caj letrik tu seribu kali ganda pun I peduli apa, bukannya I yang bayar.

Najib, kalau macam inilah cara you, I tak jadilah undi parti Umno you tu masa pilihanraya umum 13 nanti.




KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.
Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.