Friday, October 12, 2012

UMNO telah menyelamatkan Melayu daripada bencana

Nasib baik ada parti UMNO, maka terselamatlah Datuk Abdul Rahman Bakri daripada dipenjarakan.
Datuk Abdul Rahman Bakri

Kebarangkaliannya agak jelas, mahkamah mendapat arahan kalau bukan daripada Umno mungkin daripada Rosmah Mansor untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda RM400,000 terhadap Abdul Rahman Bakri kerana Abdul Rahman Bakri bukan ahli PAS atau DAP maupun PKR, sebaliknya dia adalah ahli Umno. Mungkin Semah Mansor berpendapat bahwa kes Abdul Rahman Bakri ini tidaklah sebesar manapun jika dibandingkan dengan komisyen Scorpene ataupun harga sebentuk cincin belian. Kalau tidak percaya, cer baca di bawah:


Datuk Abdul Rahman Bakri
Tidak besar mana kan, salahnya. Cuma RM80 ribu je.. !!! Itulah sebab, rakyat Malaysia selalu diingatkan agar terus menyokong Umno dan Barisan Nasional supaya lebih ramai pemimpin-pemimpin Umno terselamat daripada terpenjara dan bolihlah mereka meneruskan penyelewengan dan rasuah.
Datuk Abdul Rahman Bakri
Rakyat perlu sedar bahwa duit-duit hasil daripada penyelewengan dan rasuah pemimpin Umno inilah yang sebahagiannya mungkin digunakan untuk membayar upah penulis-penulis blog seperti Papagomo, Parpukari dan yang sealiran dengannya. Manakala sebahagian lagi barangkali digunakan untuk membayar RM0.20 bagi setiap komen oleh penyokong Umno di Facebook, terutama di group ini dan di page ini.

 Rumusannya, untuk menyelamatkan para penyeleweng wang rakyat dan perasuah, rakyat diingatkan agar sokonglah Umno dan Barisan Nasional. Sekiranya rakyat menyokong PAS, DAP atau PKR sudah pasti penyeleweng, perasuah dan pengkhianat akan terpenjara!

Ya Rabbul Jalil,
Selamatkanlah Malaysia, negaraku.. !!