Saturday, October 13, 2012

Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang William Bourdon dan Joseph Breham jumpa Ahli Parlimen


kes rasuah Scorpene di Perancis
Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.
“Kita sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke Malaysia telah dimohon minggu lalu.
“Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai,” ujar Cynthia.
“Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu hanya pilihan terakhir,” katanya.

Menurut Cynthia, kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.
“Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut prosedur.
“Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam jumpa klien (Suaram),” tegas Cynthia.
Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22 November depan.
Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan Malaysia.