Friday, November 16, 2012

Alamak.. kelaku polis, perangai syaitan macam sama je laa !!


Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahya’ 
Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil Sultan Johor
Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai ‘Zul Yahya’ semasa berada dalam siasatan polis.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.
Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana ‘Zul Yahya’, tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.
“Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa ‘Zul Yahya’. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu,” kata Asiah ketika dihubungi.

Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Zul Yahya’ di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.
Beliau ditangkap di pejabatnya di Cheras pada 2 November oleh polis Johor.
Asiah berkata, walaupun telah dibebaskan, Ahmad hingga kini masih tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana nombor yang dipakai disekat perkhidmatannya.
“Nombor sebelum ini memang dah tak boleh pakai, polis dah rampas. Dua hari lepas dia (Ahmad) beli nombor baru pun tak boleh terima atau buat panggilan,” jelasnya.
“Saya minta polis hentikan perkara ini demi memudahkan tugas mereka dan hanya untuk tunjukkan mereka buat kerja. Saya tak tahu berapa ramai dah jadi mangsa, tapi kali ini terjadi kepada keluarga kami. Kami redha dan akan terus lawan,” kata Asiah.
SETAN SYAITAN SULTAN
Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan", oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.
Buat pesanan DI SINI.

“Daripada cara pengendalian kes dianggap tidak profesional dan gagal mematuhi kerangka undang-undang sedia-ada, 
Ahmad Abd Jalil, yang didakwa dengan menghina Sultan Johor melalui Facebook telah dikurung selama tujuh hari ketika ditahan reman di Balai Polis Johor Bahru.