Thursday, November 1, 2012

Bahalol punya Ketua Polis... Tak Tahu Undang-Undang!!!

perhimpunan mega di Seremban
Prakata: Malaysia pernah mempunyai Menteri Besar yang menjadi pembunuh. Malaysia pernah ada Ketua Menteri yang menjadi perogol. Malaysia pernah mempunyai Ketua Polis Negara yang juga Ketua Samseng Negara. Maka tidak hairanlah jika hari ini ada ramai Ketua-Ketua Polis Daerah dan Negeri yang sama tarafnya dengan anjing suruhan!

Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan mega di Seremban Sabtu ini, dan berharap untuk mengumpul 50,000 penyokong dalam siri pertama jelajah ke seluruh negara.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke menolak kenyataan Ketua Polis Serembah, Saiful Azly Kamaruddin bahawa permit tidak akan dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.

"Soalan permit tidak timbul kerana tidak ada permit untuk perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, saya tak fikir beliau (Saiful) tahu apa yang beliau cakapkan," kata Loke ketika dihubungi semalam.

Saiful dilaporkan berkata polis tidak akan memberi permit untuk perhimpunan itu kerana penganjur telah gagal untuk melengkapkan borang permohonan sebelum tarikh akhir.