Saturday, November 17, 2012

Ganas dan gersang nampak muka minah Indon yang dirogol 3 polis sundal


polis merogol
BUAT ADUAN: Wanita Indonesia yang mendakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Prai menunjukkan laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini. - Foto UTUSAN MALAYSIA

BUTTERWORTH: Tiga anggota polis telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam, dengan dua pertuduhan setiap seorang kerana merogol dan memaksa melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap seorang pekerja wanita warga Indonesia.
Syahiran Romli, 21 tahun; Nik Sin Mat Lazin, 33 tahun; dan Remmy Anak Dana, 25 tahun; tidak mengaku salah atas tuduhan merogol dan memaksa wanita itu melakukan seks oral di Bilik 4, berek balai polis Prai, antara 6.40 pagi dengan 7.30 pagi, pada 9 November lalu, lapor laman web akhbar The Star, semalam.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan rotan, dan Seksyen 377C akta yang sama.
Kes tersebut, dan satu lagi kes rogol yang melibatkan seorang pembantu rumah berusia 15 tahun oleh majikan lelakinya di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini, telah memarakkan semula perasaan anti-Malaysia di kalangan rakyat Indonesia.

Selepas mendengar pertuduhan itu, hakim Nabishah Ibrahim menetapkan ikat jamin RM25,000 ($9,997) setiap seorang ke atas tertuduh.
Beliau turut menetapkan 12 Disember ini sebagai tarikh mendengar kenyataan bukti daripada para saksi.
Pekerja restoran itu mendakwa beliau telah dibawa ke balai polis berkenaan selepas ditahan oleh sebuah kereta ronda polis dekat pusat beli-belah Megamall Pulau Pingan sekitar 6.30 pagi.
Ketika itu, beliau sedang menaiki teksi pulang ke rumah.
Wanita itu mendakwa dia telah dibawa ke balai polis Prai itu selepas pegawai polis berkenaan enggan menerima bukti salinan pasportnya.
Beliau kemudian mendakwa telah dibawa ke sebuah bilik di balai polis itu dan dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis itu.
Dalam satu kes berasingan, Khamis lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 15 tahun dilaporkan telah dirogol oleh majikan lelakinya sendiri di Seremban, pada 5 November lalu, selain didera oleh isteri majikannya itu.
Kes itu terbongkar selepas isteri majikan tersebut membawa pembantu rumahnya itu ke balai polis menuduhnya mencuri.
Bagaimanapun, tanda luka yang jelas kelihatan pada tubuh pembantu rumah itu telah mendorong pihak polis menjalankan soal siasat.
Mereka kemudian mendapati remaja yang bekerja di Malaysia secara tidak sah sejak tiga bulan lalu itu telah dirogol dan didera oleh majikannya.
(Amaran: Untuk bacaan dewasa sahaja - SX18)