Saturday, November 17, 2012

Hillary Clinton di Singapura dan akan ke Kemboja


Hillary Diane Rodham Clinton in Singapore
Hillary Diane Rodham Clinton bersalaman dengan Encik K. Shanmugam sebelum menghadiri jamuan malam yang dihos Encik Shanmugam di Kementerian Ehwal Luar, semalam. - Foto AFP

Selepas melawat Singapura, Hillary Diane Rodham Clinton akan ke Kemboja manakala Presiden Amerika, Barack Hussein Obama pula selepas Sidang Puncak Asia Timur, yang diadakan di Phnom Penh. dijangka mengunjungi Thailand, Myanmar dan Laos sebagai sebahagian daripada lawatan empat harinya ke rantau ini, lawatan luar negara pertama beliau selepas memenangi pilihan raya presiden awal bulan ini.  

Menurut satu sumber risikan, kededua pemimpin Amerika itu tidak akan melawat Malaysia kerna tidak senang dengan perangai Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri Malaysia. 
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Hillary Diane Rodham Clinton, kini berada di Singapura untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin negara ini, sebelum menghadiri sidang pertemuan para pemimpin rantau Asia Pasifik yang berlangsung di Kemboja antara esok dengan Selasa ini.
Hillary Diane Rodham Clinton bertemu dengan mantan Perdana Menteri, Encik Lee Kuan Yew, di Istana petang semalam.
Beliau juga menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, semalam.

Pemimpin Amerika itu akan bertemu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, hari ini.
Hillary Diane Rodham Clinton juga dijadualkan menyampaikan ucapan mengenai strategi ekonomi Washington hari ini sebelum menyertai Presiden Amerika, Barack Hussein Obama, di Sidang Puncak Asia Timur, yang juga diadakan di Phnom Penh.
Sidang itu dijangka turut dihadiri Presiden China yang baru dilantik, Encik Xi Jinping,
Menurut pegawai Jabatan Negara Amerika, Hillary Diane Rodham Clinton berharap dapat mendengar pandangan para pemimpin Singapura tentang pemimpin-pemimpin baru China.
"Mereka telah banyak berinteraksi dengan China, jadi kami sangat berminat hendak mendengar perspektif mereka mengenai peralihan kepimpinan di China dan Beijing.
"Kami ingin mengetahui apakah cara paling baik untuk berbincang tentang isu-isu kritikal di Sidang Puncak Asia Timur, termasuk bagaimana hendak menyelaraskan diplomasi ke atas isu-isu sensitif seperti isu di Laut China Selatan," kata pegawai itu kepada media.
Hubungan China dengan anggota Asean kini tidak begitu baik ekoran perselisihan yang melibatkan tuntutan wilayah di Laut China Selatan.
Presiden Amerika, Barack Hussein Obama juga dijangka mengunjungi Thailand, Myanmar dan Laos sebagai sebahagian daripada lawatan empat harinya ke rantau ini, lawatan luar negara pertama beliau selepas memenangi pilihan raya presiden awal bulan ini.
Beliau juga akan menjadi presiden Amerika yang pertama melawat Myanmar, satu langkah yang bertujuan menggalak lebih banyak pemulihan di negara itu.