Tuesday, November 20, 2012

Israel takkan berani serang Gaza tanpa restu AS

 Israel takkan berani serang Gaza tanpa restu AS
O Muslim brothers, Learn Islam, Teach Islam to your kids . Be united under the flag of Islam . You see today Gaza is under attack and No Muslim country came to defend them. If you keep continue to be busy with worldly matters & run after money, luxury & fun forgetting Islam, One day You may come under attack and the rest of the Muslim world will see without doing anything. And You will be helpless just like the Gazans today. Islam promotes Peace & defend peace too . Still You have time. without delay make tawba, come to the straight way ; Islam will show you the best & right way for you & for your family.
[Must Share it on your Profile]

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen Malaysia mendesak Amerika Syarikat (AS) menghalang Israel dari terus melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin di semenanjung Gaza.
“Israel tidak mungkin berani bertindak tanpa restu dan persetujuan AS. Maka wajar Dewan (Rakyat) turut gesa agar AS ambil pendirian lebih wajar dan adil,” katanya ketika membahaskan usul tergempar bagi mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Palestin, hari ini.
Merujuk laman berita CBSnews.com semalam, Barack Obama dalam sidang media di Bangkok berkata ‘Israel berhak untuk mempertahankan dirinya’.
“Kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan diri dari roket-roket yang mendarat di rumah-rumah warganya,” kata Obama dipetik.

Justeru, tegas Anwar, Malaysia wajib memberi tekanan berterusan kepada AS dan tidak mengehadkan bantahan hanya sepanjang serangan terbaru regim Israel ke atas semenanjung Gaza.
“Saya tak melihat ia disentuh. Walaupun Menteri rujuk khusus kepada (serangan) mutakhir. Saya bimbang kalau diketepikan kezaliman lebih besar Israel dalam penaklukan di wilayah Arab terutama bumi Palestin.
“Ia tidak beri gambaran tentang ‘politics of dispossession’ (pengusiran). Masalahnya pengusiran, tanah milik rakyat Palestin dirampas kemudian disahkan kerana tiada tekanan yang kuat.
“Kita tidak mahu rujuk kepada perkembangan mutakhir (sahaja) kerana serangan itu hanya cebisan dari dasar regim Israel yang rakus dan zalim menakluk wilayah Arab,” tegas Anwar.
Tambahnya, jika Israel menghentikan serangan terbaru ini, ia bukanlah penyelesaian kerana Gaza masih di dalam sekatan.
“Makanan, perkembangan ekonomi dan keselamatan mereka belum terjamin… (Serangan) hanya tambahan dari penaklukan wilayah dan memenjarakan rakyat Gaza,” katanya.
Episod baru penderitaan berpanjangan rakyat Palestin itu bermula 15 November lalu telah membunuh lebih 100 penduduk Gaza, termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan yang lain.

Zionist Yahudi dan Zionist Umno BN