Tuesday, November 6, 2012

Ke mana arah Zaid Ibrahim?


Ke mana arah Zaid Ibrahim?
Datuk Zaid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai presiden Kita, tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu.
Setiausaha parti tersebut, Encik Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden, berkata Datuk Zaid menyerahkan surat peletakan jawatannya Sabtu lalu.
"Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa Kita," katanya, sambil menambah bahawA Datuk Zaid punca peletakan jawatannya ialah masalah kesihatan.
Encik Masrum mengambil alih jawatan itu berkuat kuasa serta- merta, lapor mStar Online.
Ketika ditanya mengenai peletakan jawatan itu, Datuk Zaid menjawab "Ya" menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau bagaimanapun menambah bahawa parti itu masih "di bawah kawalan saya".
Apabila ditanya di bawah kapasiti apakah beliau akan kekal dalam mengawal parti, Datuk Zaid berkata: "Jawatan tidak sepenting seperti pengaruh."

Dilaporkan bahawa Datuk Zaid difahamkan mengalami sakit daripada penyakit jantung yang menyebabkan beliau kurang sihat sejak kebelakangan ini.
Menerusi kenyataan terakhir di blognya pada 24 Oktober lalu, Datuk Zaid berkata: "Atas nasihat doktor saya, saya perlu mengelakkan aktiviti yang memberi tekanan untuk beberapa bulan."
Beliau turut berkata peletakan jawatannya sebagai presiden Kita akan memudahkan beliau bertanding di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), sebaik-baiknya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Pekan, Pahang.
Bagaimanapun, Datuk Zaid berkata beliau akan menimbangkan perkara itu sekiranya Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memilih tidak akan bertanding di kerusi parlimen itu.
Datuk Seri Abdul Hadi dilaporkan berkata Baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di mana-mana yang diminta oleh partinya, termasuk di Pekan.
Datu Zaid bekas anggota Umno yang pernah menjadi menteri undang-undang dan juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau membentuk Kita selepas meninggalkan PKR.