Pilihan raya kecil N25 Kajang. Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Wednesday, November 21, 2012

Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama Dato’ Seri Nazri Aziz bersekongkol menyalahmaklumkan (mislead) Parlimen


Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong Mengesahkan Pihak Berkuasa Malaysia Menghentikan Siasatan Terhadap Dato’ Seri Musa Aman Dan Michael Chia
Rafizi Ramli
KERANA UMNO MELAYU BINASA
KERANA UMNO RAKYAT SENGSARA
Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case” bertarikh 20 November 2012. Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kini dapat disahkan:

1.      Pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno
2.      Wang RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato’ Seri Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut)

Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.

Dato’ Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik.

Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkara tersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia.

Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, kerana ia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas.

Saya juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun menyerahkan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sah di sisi undang-undang.

Mengambil kira perkembangan terkini ini, saya menyeru pihak-pihak berkenaan mempertimbangkan perkara berikut:
1.      Parlimen mempertimbangkan tindakan sewajarnya kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang boleh dikira cuba menyalahmaklumkan (mislead) Parlimen dengan kenyataannya bahawa seolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik kepada Umno dibuat oleh ICAC sendiri, sedangkan ia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC
2.      Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Abu Kassim Mohamaed perlu berterus terang segera kepada Parlimen dan rakyat mengenai status sebenar siasatan SPRM terhadap tuduhan rasuah RM40 juta dan menjelaskan sama ada SPRM bertanggungjawab memaklumkan kepada ICAC bahawa wang itu kononnya sumbangan politik kepada Umno sehingga ICAC terpaksa menghentikan siasatan.

Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru. KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
21 NOVEMBER 2012 

Umno, MCA & MIC curi tanah