Sunday, November 18, 2012

Roket Al-Qassam Tembus Jantung Kota Tel Avis

Roket Al-Qassam Tembus Jantung Kota Tel Avis
Senjata yang telah dijisim dengan ayat-ayat Allah SWT
Brigade Izzuddin Al-Qassam mengumumkan bertanggung jawab terhadap serangan balasan yang dilancarkannya ke bandar Bi'r Sab'i, selatan wilayah Palestin terjajah dengan menembak ratusan roket.

Brigade menyatakan balasan tegas yang disiarkan di laman web rasmi mereka sesaat atas serangan tersebut,: "Zionis telah menanam dirinya ke dalam kehancuran" kerana
 telah membunuh komander brigade Izzuddin Al-Qassam, Ahmad Al-Ja'bari rahimahullah.

Serangan roket menembusi pusat membeli-belah yang menyebabkan kerosakan berat, bahkan menembusi jantung kota Tel Aviv untuk pertama kalinya sejak Israel menjajah Palestin. Brigade Al-Qassam berjaya menembak peluru berpandu buatan tempatan ke Tel Aviv pada jam 11: 57 waktu setempat, Al-Qassam menegaskan bahawa peluru berpandu berikutnya lebih besar lagi.

Brigade menyebutkan, serangan ini merupakan respon pertama atas kejahatan Israel yang melukai puluhan warga dan menewaskan para pejuang Palestin, termasuk pembunuhan pimpinan Brigade Al-Qassam, Ahmad Al-Ja'bari.

Brigade menambah, bahawa mereka telah berjanji untuk membuat kehidupan zionis Israel ke dalam neraka, dan membuat mereka menyesal berfikir membunuh pimpinan Brigade Al-Qassam, Al-Humam, dan hari-hari mendatang akan membuktikan ucapan kami.