Tuesday, November 13, 2012

Satu kampung ahli Umno keluar parti


Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani
Gambar ini dirakamkan di sebuah kampung di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani
Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampung.
Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.
Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!

Ini menyebabkan penduduk kampung yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.
Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil.
TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG. - omakkau