Monday, November 26, 2012

Tiada tindakan isu doa demi 'dakwah'


Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim
Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan dalam isu doa yang dibacakan adik kepada mursyidul am PAS, Nik Razi Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena muktamar parti itu, 18 November lalu.


Bacaan doa berkenaan menerima kecaman keras daripada pemimpin Umno, sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan Islam