Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Wednesday, November 21, 2012

Tradisi beromen, bersetubuh dan beranak dahulu, kemudian baru bernikah


kerajaan rakyat blogspot
Setiap bangsa di bumi Allah swt ini mempunyai sejarah, budaya dan keistimewaan tersendiri. Begitu jugalah dengan bangsa Umno yang telah membina budayanya tersendiri. Dalam kehidupan seharian bangsa Umno, mencuri, merompak, menyamun adalah sesuatu yang dibanggakan.
Tamadun Umno yang dibina sejak lebih 55 tahun lalu menganggap hanya yang pandai  mencuri, merompak dan menyamun sahaja yang layak diangkat menjadi ketua dalam sesuatu bahagian dikalangan bangsa mereka. Jika terdapat mana-mana bangsa Umno yang tidak mahu merompak atau mencuri, mereka akan terpinggir atau dipinggir.
Dalam masyarakat Umno, merogol juga dianggap sebagai amalan yang mulia, lebih-lebih lagi jika yang dirogol itu adalah perempuan bawah umur atau pembantu rumah mereka sendiri. Dalam perlembagaan negara Umno, sesiapa yang menentang amalan merogol gadis bawah umur, akan dipenjarakan.
Bangsa Umno juga mengizinkan ahli masyarakat Umno untuk beromen, bersetubuh dan beranak dahulu, kemudian baru bernikah.. ! Tradisi beromen, bersetubuh dan beranak dahulu, kemudian baru bernikah dalam budaya bangsa Umno turut diadaptasikan dalam undang-undang perniagaan mereka.
KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Datuk Mahfuz Omar mempersoal bagaimana Beta Tegap Sdn Bhd mendapat kontrak mengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedangkan pengumuman tender dibuat dua tahun kemudian.

Beta Tegap didaftar 2004. Sejak 2004 lagi sudah tahu dia dapat. Pengumuman oleh kerajaan pada 2006 menyebut sembilan syarikat masuk (untuk dapatkan tender).
“Sedangkan sejak 2004, Beta Tegap sudah maklum (dapat kontrak). Boleh jawab pada saya?” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika mencelah perbahasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha pada sesi perbahasan hari ini.
Mahfuz kemudian bangun sekali lagi apabila Chong Ha menafikan pendedahan itu, dengan mengatakan maklumat itu didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Ini dari SSM. Ternyata (AES) bukan untuk selamatkan nyawa tapi kayakan kroni (dan) rompak wang rakyat. (Kerajaan) bohong kata hendak selamatkan nyawa,” kata Naib Presiden PAS itu.
Sebaliknya, Ahli Parlimen dari BN, antaranya Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Ismail Said (Kuala Krau) bangun untuk membela Kong hingga menimbulkan kekecohan tanpa memberi hujah berfakta.
“Pokok Sena memang kaki gaduh,” jerit seorang Ahli Parlimen BN yang merujuk kepada Mahfuz.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berulang kali cuba meredakan ketegangan tetapi ia berterusan waktu rehat.
Sebelum itu lagi, sidang Dewan Rakyat kecoh berikutan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha itu enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Pakatan ketika perbahasan menyentuh isu AES.
“Tuan Yang di-Pertua, Saya tidak akan beri laluan,” katanya kepada Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Antara Ahli Parlimen Pakatan lain yang mohon mencelah ialah Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Selepas beberapa minit ‘perang mulut’, Chong Ha akhirnya memberi laluan kepada Mahfuz.

Kembar Sial: To'Puan Rozana Redzuan

Puan Sri Datin Atkah Abdullah
Klik gambar untuk paparan besar