Wednesday, November 14, 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dianugerahkan gelaran "Bapa Mithali"


syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Prakata: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar dianugerahkan gelaran "Bapa Mithali" kerna sejak beliau menjadi perdana menteri sehinggalah dah tua nyanyok, Mahathir tetap akan mengutamakan anak-anaknya dalam pemberian projek-projek mega.. Selepas anak, barulah Mahathir beri kepada kroni-kroninya. Selepas pru-13 nanti, tahulah nasib engkau.. Mahathir.
Tahniah Mahathir; Syarikat arak, anak Mahathir punya, syarikat minyak, anak Mahathir punya. 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa meletak jawatan dalam Petronas kerana gagal menjaga kepentingan Petronas dan lebih mengutamakan syarikat milik anaknya.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mengulas penganugerahan kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.
Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.
“Kalau dia tahu malu dan bertanggungjawab, sudah lama dia letak jawatan. Petronas merupakan syarikat milik negara. Mahathir tak boleh gunakan pengaruh beliau rompak harta negara untuk diagih kepada anak pinak,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi.

SapuraKencana dilapor memaklumkan bursa saham pada 1 November lalu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam laut selam tiga setengah tahun.
Satu lagi anak syarikat, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia. Projek itu dikatakan terletak 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mencabar Mahathir selaku Penasihat Petronas untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam penganugerahan kontrak tersebut.
“Mahathir tak boleh nafikan itu, semua dasar penswastaan bertujuan mengkayakan keluarga sendiri,” kata Azan lagi.
Majalah perniagaan Malaysian Business melaporkan Mokhzani antara tiga tokoh perniagaan Melayu terkaya di Malaysia. Beliau menduduki tangga ke-19 dalam senarai majalah itu dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.
Mohkzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad dan Pantai Holdings Berhad.
Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan", oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.
Buat pesanan DI SINI.