Wednesday, November 28, 2012

Umno, Mahasiswa dan Posisi Seks 69 di PWTC


posisi sex 69
Baca dulu berita dari BERNAMA di bawah ini, kemudian fahami laporan screen shot di bawahnya.
Macam cerita P. Ramli, 'Keluarga 69'. Macam posisi seks 69, begitulah Umno; parti tonggang langgang. Peraturan mereka gubal, peraturan mereka gumpal... ! Patutpun parti itu dipanggil Umno Haram Jadah. Parti syaitan. Syaitan yang dikenali!
Kelab Penyokong BN IPTA Untuk Tangkis Tohmahan Pembangkang - Khairy
KUALA LUMPUR: Penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah langkah tepat untuk menangkis segala tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kelab yang dianggotai oleh mahasiswa itu akan menjadi paltform untuk mereka mendapat maklumat tepat mengenai BN dan aktif dalam politik.

"Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik," katanya yang yakin golongan itukini lebih berani dan matang serta mampu berjuang bersama-sama pemimpin BN untukmemastikan parti komponen itu lebih kuat.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan kelab itu di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.
Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim serta 200 mahasiswa dari seluruh negara yang menjadi penggerak kepada kelab.
Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda Umno, SyahrinMd Jamaludin berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.
"Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untukmenjadi ahli kelab ini," katanya.
Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan danpertubuhan termasuk parti politik.
Seorang angota kelab itu, Fatimah Zahrah Akma Abd Halim Yap, 24, yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Risiko dan Takaful, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu, berkata penubuhan kelab itu banyak memberi manfaat kepada golongan muda terutama mahasiswa.
"Penubuhan kelab ini bukan semata-mata untuk berpolitik tetapi ia lebih menjurus kepada membentuk keperibadian yang lebih baik dan yakin ketika menghadapi orang ramai," katanya.
Syed Dzulfakar Shukur, 24, penuntut tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berkata, manfaat yang dikumpul menerusi pelbagai program yang dijalankan amat berguna untuk mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.
"Banyak kemahiran yang saya pelajari sepanjang menyertai program kelab iniantaranya cara berinteraksi dengan masyarakat dan cara memberi pendapat secaralebih kritis," katanya. - BERNAMA
 
Kelab Penyokong BN IPTA