Wednesday, November 21, 2012

Umno, MCA & MIC curi 23 keping tanah berukuran 1 hingga 7 ekar setiap satu


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim mendedahkan 23 keping tanah berukuran 1 hingga 7 ekar setiap satu sekitar tahun 2000 hingga 2008 ‘disapu’ pemimpin Barisan Nasional Selangor.
“Sebelum ini, saya dedahkan Umno Bahagian Tanjung Karang dah ambil 2 keping tanah.
“Sekarang semua Ketua Umno bahagian, MCA dan MIC juga memohon dan dapat tanah-tanah di sekitar Selangor,” jelas Ng pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menurutnya lagi, tanah-tanah tersebut merupakan tanah bernilai tinggi untuk kegunaan komersial dan pemimpin Umno hanya perlu membayar RM1 untuk setiap kaki persegi.

“Dalam dokumen tanah, Umno dapat 14 keping, MCA 5, MIC 3 dan Gerakan 1, dalam 14 yang Umno dapat, 6 keping dimiliki Umno Bahagian Sungai Besar kerana bekas Menteri Besar adalah dari Sungai Besar,” tambahnya.
“Jadi kita minta Umno, MCA dan MIC negeri pulangkan tanah tersebut kepada kerajaan Selangor, kerana ia milik rakyat,” katanya lagi.
Ng sebelum ini mendedahkan kes pembelian tanah oleh Umno Tanjong Karang yang diterajui mantan Menteri Besar, Mohamed Khir Toyo pada 2001.
Jualan tanah dibawah harga pasaran menyebabkan negeri hilang RM3.3 juta pendapatan, akibat diskaun premium yang diberikan kepada parti itu.
Penjualan tanah komersial berkeluasan 1.2 hektar di Jalan Sungai Kajang, Tanjong Karang diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada April 2002.