Saturday, December 8, 2012

4 juta pengundi ‘atas pagar’ PENENTU siapa ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)


Pakatan Rakyat (PR) mesti memberi tumpuan untuk memenangi lebih empat juta undi ‘atas pagar’ jika mahu berjaya dalam pertembungan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
kerajaan rakyat pakatan rakyat

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata bagaimanapun pertembungan merebut Putrajaya pada PRU-13 akan menjadi sangat sengit dan parti mana yang memenangi majoriti empat juta pengundi ‘atas pagar’ akan mendapat kelebihan.

Katanya, jadi untuk menawan Putrajaya PR perlu memberi tumpuan penuh untuk meraih empat juta pengundi “atas pagar”.

“Untuk PRU-13 nanti, daftar pemilih meningkat lebih daripada 13 juta pengundi, termasuk kira-kira tiga juta pengundi baru iaitu 60% adalah di bawah usia 30 tahun dan 25% daripadanya terdiri daripada pengundi baru.

Lim Kit Siang
“Pengundi baru bersama kira-kira 10 peratus pengundi atas pagar daripada PRU 2008 membentuk jumlah empat juta pengundi pada PRU-13. Mereka yang akan menentukan siapa yang akan memerintah di Putrajaya nanti,” kata Ali Parlimen Ipoh Timur dalam kenyataan medianya semalam.

Menurut Kit Siang, adalah tidak mencukupi untuk PR memenangi majoriti tiga juta pengundi baru bagi menawan Putrajaya berdasarkan anggarkan bahawa peratus undi yang dimenangi BN dan PR pada PRU 2008 adalah sama, walaupun PR menang bersih 70% pengundi baru sedangkan PR hanya dapat memenangi 109 daripada 222 kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen BN dan PR sekiranya PR menang bersih 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU 2008
Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008BNPR
55%13290
60%12993
70%113109
PKR akan kekal menjadi parti terbesar diikuti DAP dan PAS

Bilangan kerusi PR mengikut parti sekiranya PR menang 55%, 60% dan 70% pengundi baru sejak PRU 2008
Pengundi baru bersih PR sejak PRU2008PASPKRDAPJumlah
55%26343090
60%26363193
70%324334109

Kit Siang berkata, untuk menawan Putrajaya, PR juga mesti yakin peratus lebih besar pengundi PRU 2008 untuk menukar undi mereka kepada PR. Hanya jika PR berjaya menang bersih 70% pengundi baru sejak PRU 2008 dan sebagai tambahan 3% pengundi PRU 2008 barulah PR dapat menawan Putrajaya dengan majoriti selesa 7 kerusi Parlimen (119) sebagaimana jadual di bawah.

Kerusi Parlimen BN dan PR di bawah senario berbeza (Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU 2008 dan tambahan pengundi PRU 2008)
Pengundi baru bersih bahagian PR sejak PRU2008 + tambahan pengundi PRU2008BNPR
55% pengundi baru + 1% PRU200813290
60% pengundi baru +  2% PRU200812498
70% pengundi baru +  3% PRU2008103119

PKR akan kekal sebagai parti terbesar diikuti DAP dan PAS (Lihat Jadual di bawah)

Bilangan kerusi parti-parti PR di bawah senario berbeza (Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU 2008 dan tambahan pengundi PRU 2008
Bahagian PR untuk pengundi baru bersih sejak PRU2008PASPKRDAPJumlah
55% pengundi baru + 1% PRU200826343090
60% pengundi baru +  2% PRU200828383298
70% pengundi baru +  3% PRU2008344837119

Faktor yang menggugat kesatuan Oposisi termasuklah yang berikut:

- Pertembungan pelbagai penjuru kesan daripada tidak sebulat suara terhadap peruntukan kerusi berkemungkinan menyebabkan oposisi kehilangan masing-masing dua kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah pada 2008 dan barang kali sebanyak lima kerusi negeri di Sabah.

- PAS meluluskan enakmen hudud di Terengganu pada 2001 namun itu tidak menghalang BN daripada menawan kembali negeri itu dengan memenangi 28 daripada 32 kerusi negeri dan 7 daripada 8 kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU 2004. Isu hudud menyebabkan terbubarnya Barisan Alternatif dan peristiwa bersejarah PRU 2008 yang menghubungkan semula ketiga-tiga parti itu

- Tumpuan sepatutnya terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa di dalam BN berbanding menegakkan agenda negara Islam yang tidak membantu memenangi hati pengundi atas pagar.

“Penekanan untuk PR berjaya di dalam pertembungan merebut Putrajaya adalah untuk memenangi sokongan golongan atas pagar dengan menumpukan pada isu negara yang penting.

Buat pengundi baru dan pengundi atas pagar, isu utama yang tidak begitu penting buat mereka tidak akan dapat memikat mereka. Bagi mereka, tumpuan adalah pada isu negara termasuklah:

* Samada PR atau BN boleh menguruskan dan mengurangkan rasuah di dalam negara;

* Samada PR atau BN boleh menunjukkan jalan baru ke arah kesatuan nasional yang tulen dan hubungan antara kaum yang harmoni.

* Samada PR atau BN dapat mentadbir dengan lebih saksama dengan keadilan sosial dan kecekapan ekonomi;

* Samada PR atau BN dapat mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk peribumi Sabah dan Sarawak dan membawa pembangunan mapan kepada kedua-dua negeri; dan

* Samada PR atau BN boleh membawa era baru pentadbiran yang mana demokrasi dibangunkan dan diperdalamkan.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, PR tidak sepatutnya membiarkan diri diganggu dengan isu sempit sebaliknya menumpu kepada gambaran besar untuk memenangi hati pengundi atas pagar sekaligus menawan Putrajaya pada PRU-13. – Roketkini.
Siapa Setan, siapa Syaitan dan siapa pula Sultan? InsyaAllah Ta'ala, kalian dapat membedakan antara tiga watak tersebut setelah kalian membaca buku "Setan, Syaitan Sultan", oleh Syed Hussein Al-Attas aka S.H. ALATTAS aka Pak Habib.
Buat pesanan DI SINI.