Tuesday, December 4, 2012

Anak buah Shahrizat Jalil mengamuk, geledah depan rumah


Shahrizat Jalil Lembu
"Saya terdengar bunyi pasu bunga pecah, meja dan kerusi yang diletakkan di anjung rumah diterbalikkan hingga anak yang lena turut terjaga.
"Kami tidak mampu bersuara dan turut mematikan suis lampu bilik sehingga terdengar bunyi azan subuh. Saya memberanikan diri keluar dari bilik dan mengintai dari tingkap rumah," katanya.
Beliau berkata, sebaik membuka pintu rumah sekitar 7 pagi, beliau terkejut mendapati 12 ekor lembu menggeledah depan rumah dan sebahagiannya menyondol pagar kawat duri di rumahnya hingga rebah.


ALOR GAJAH: Tiga beranak berkurung hampir dua jam dalam bilik apabila terdengar bunyi bising di luar rumah yang disangka perompak.
Sangkaan mereka silap. Ia sebenarnya angkara sekumpulan lembu mengamuk dalam kejadian di Kampung Padang Kemunting, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian sekitar 4 pagi itu, Encik Rasol Ahmad, 46 tahun; bersama isteri, Cik Norliza Wil, 42 tahun; dan anak tunggal mereka, Mohd Fakrullah, empat tahun; sedang tidur apabila terdengar bunyi mendengus diikuti bunyi benda berkecai di depan rumah.
Menurut Encik Rasol, beliau menyangka rumahnya dimasuki perompak dan segera mengejutkan isterinya. Mereka mendiamkan diri kerana bimbang keselamatan keluarga.
"Saya terdengar bunyi pasu bunga pecah, meja dan kerusi yang diletakkan di anjung rumah diterbalikkan hingga anak yang lena turut terjaga.
"Kami tidak mampu bersuara dan turut mematikan suis lampu bilik sehingga terdengar bunyi azan subuh. Saya memberanikan diri keluar dari bilik dan mengintai dari tingkap rumah," katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, sebaik membuka pintu rumah sekitar 7 pagi, beliau terkejut mendapati 12 ekor lembu menggeledah depan rumah dan sebahagiannya menyondol pagar kawat duri di rumahnya hingga rebah. - Harian Metro.