Wednesday, December 26, 2012

Boeing guna kentang uji isyarat Wi-Fi dalam pesawat


Boeing guna kentang uji isyarat Wi-Fi dalam pesawat
CHICAGO: Syarikat Boeing dilapor menggunakan kaedah luar biasa bagi menguji sistem Wi-Fi dalam pesawatnya. Seguni kentang diletak di tempat duduk penumpang beberapa hari bagi menguji kekuatan isyarat Internet tanpa wayar itu.
Penyelidik berkata kandungan air dan kimia kentang membuat ia menyerap dan memantul isyarat gelombang radio serupa tubuh manusia. Menurut Boeing, interaksi ubi kentang dengan isyarat elektronik menjadikannya sesuai bagi menjalankan ujian beberapa hari untuk mengumpul data.
Jurutera Boeing menjalankan beberapa ujian bagi memastikan penumpang mendapat isyarat kuat Wi-Fi di udara. Ia juga menguji apakah piawaian keselamatan yang melindungi gangguan ke atas sistem elektrik pesawat dipenuhi.

Isyarat tanpa wayar berubah-ubah secara rambang dalam ruang tertutup kabin pesawat ketika penumpang bergerak. Ia bermakna agihan isyarat tidak sekata di seluruh kabin, dengan jaringan lemah dan kuat di tempat duduk berbeza.
"Anda mahu komputer riba anda berfungsi di mana saja anda duduk, namun kemungkinan ada perubahan isyarat ketara mengikut lokasi tempat duduk," kata jurutera Boeing, Encik Dennis Lewis.
Syarikat itu menggunakan 9,000 kilogram kentang bagi ujian tersebut. - Agensi.
Kerajaan PR sudah tunai atau belum janji ini?