Monday, December 24, 2012

Bukan tugas SPRM tapis calon pilihan raya


Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid
Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memberi penekanan kepada tugasan lebih mendesak daripada membuat tapisan terhadap calon pilihan raya.
Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon tersebut kepada SPRM untuk proses tapisan.
Menempelak cadangan itu, Zakaria berkata, SPRM perlu memperbaiki tugas asasinya terlebih dahulu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut.
“Bukan tugas SPRM untuk buat tapisan. Tiap parti pastinya telah membuat tapisan sendiri.

“Mengapa SPRM tidak selesaikan dahulu kes-kes salahguna kuasa dan berprofil tinggi seperti didedahkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan yang dilaporkan Deepak Jaikishan,” kata Zakaria ketika dihubungi.
Menurutnya, KEADILAN khuatir saranan tersebut akan dimanipulasi oleh Umno BN demi meraih kemenangan dalam PRU 13.
“Kita juga bimbang SPRM kemudian akan digunakan oleh pihak berkepentingan iaitu Umno BN untuk menafikan hak calon-calon Pakatan Rakyat untuk bertanding,” tambahnya.