Sunday, December 9, 2012

Ini bukan salah Najib, salah Samy Vello


Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
KUALA LUMPUR 9 DIS: Tiada keazaman politik punca Datuk Seri Najib Razak tidak tahu seramai 300,000 masyarakat India tidak memiliki kad pengenalan biru, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Sekadar buka kaunter dan tunggu rakyat mendaftar bukan penyelesaian. Patutnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari dan jelajah seluruh negara mendaftar rakyat yang berdepan masalah ini khasnya di luar bandar.
“Malangnya, pentadbiran Najib tiada keazaman politik sehingga mereka dihalang ke sekolah, sukar mencari pekerjaan dan pelbagai urusan lain,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Najib konon Pakatan Rakyat membesar-besar angka, sebaliknya Perdana Menteri itu memberi alasan kononnya hanya 9,000 masyarakat India berdepan masalah kewarganegaraan.
Beliau turut menolak alasan Najib, kononnya 4,500 daripada mereka sudah diselesaikan masalah kad pengenalan biru mereka manakala 2,000 lagi sedang diproses.
Sehubungan itu, Surendran mendesak Najib segera menyelesai masalah itu yang disifatkannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menafi hak rakyat yang sah.
“Sangat memalukan apabila Perdana Menteri bermain angka berhubung masalah kewarganegaraan masyarakat India. Angka 9,000 tidak logik, bohong dan satu penghinaan,” katanya.
Anak Kecil Main Api