Friday, December 14, 2012

KEADILAN akan mewajibkan semua bakal calon menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter


Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
KEADILAN mengadakan retreat pemimpin tertinggi parti itu bermula hari ini dan esok di Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, program itu bertujuan merangka strategi terkini parti tersebut menjelang pilihan raya yang bakal diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, KEADILAN akan melaksanakan strategi yang diguna pakai oleh parti AK di Turki yang meletakkan anak-anak muda untuk mengetuai jentera strategik dan media baru untuk memantapkan lagi penguasaan mereka di internet.

“Dan dalam engagement saya dengan mereka, saya dapati juga keadaan tersebut boleh kita apply (laksanakan) dalam konteks Malaysia kerana anak muda ini, dia tidak berminat lagi dengan media tradisi ini, bahkan media parti pun dia dah tak berapa minat.
“Sebagai respon kepada ini, KEADILAN juga merekrut aktivis anak muda khusus untuk menangani kempen media baru ini. (Ia) masih di bawah saudara Nik Nazmi (Nik Ahmad), tetapi rekrut baru yang kita buat termasuk saudara Praba Ganesan, YB Sim (Tze Tzin) dan ada lagi beberapa recruitment terus kepada pejabat Ketua Pembangkang,” kata.
“Beberapa aktivis mahasiswa juga diberikan tugas khusus untuk kendalikan hal ehwal yang berkaitan kempen parti dalam menggunakan intrumen media baru,” jelasnya.
Justeru, kata Saifuddin, KEADILAN akan mewajibkan semua bakal calon dan pemimpin partinya untuk menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter dalam perjumpaan dua hari itu.
Menurutnya, langkah ini bertujuan agar pemimpin parti dapat berinteraksi dengan pengguna media sosial yang semakin meningkat, terutama di kalangan anak-anak muda.
“Pelaksanaan ini kerana, sama ada ianya pengundi bandar lebih-lebih lagi, semi urban, dan juga kawasan pendalaman, macam kawasan Machang umpamanya, 55,000 pengundi saya.
“Tetapi, pengundi Machang yang tinggal di luar, tinggal di Johor, di Pulau Pinang, mereka ini terdedah kepada segala macam maklumat,” jelasnya