Monday, December 24, 2012

Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Myanmar, Minah Indon, sila beratur.. IC dah siap..!


Undilah BN
Ingat tak berita ini: "Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akhirnya mengaku bahawa pemimpin Umno telah menyeleweng dan mengkhianati amanat rakyat semasa pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008."
Empat hari selepas ketua perompak Selangor mengaku mereka memang perompak... mereka umum 5000 orang akan sertai mereka... !!! Hello... Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Myanmar, Minah Indon, sila beratur.. IC dah siap..! 
BN Selangor Kenal Pasti 5,000 Individu Minat Sertai BN
KLANG: Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di negeri ini yang berminat menyertai BN.

Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.
"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.
Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkanisu itu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.
Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini,Mohd Zain berkata orang ramai boleh menikmati kemudahan parkir percuma sepanjang karnival itu berlangsung. BERNAMA