Thursday, December 27, 2012

Menyusuri minda pemimpin ( Bahagian 1 )

tunku abdul rahman merdeka merdeka merdeka
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !!!, laungan Tunku Abdul Rahman diikuti rakyat berbilang bangsa pada malam 31 Ogos 1957. Siapa yang merdeka?, tiada siapa yang ambil kira. Apa yang nyata, British dengan rasminya meninggalkan Tanah Melayu dan mengizinkan rakyat Malaya untuk mentadbir negaranya sendiri.

Maka banggalah rakyat Malaya ketika itu, malah bertambah bangga pabila Sabah, Sarawak dan Singapura, pada 16hb September 1963 turut sertai Malaya untuk membentuk sebuah negara merdeka dipanggil Malaysia.

Seperti lazimnya, maju setapak, Melayu bersorak; mundur sebatu, Melayu membisu!!! Tanggal 9hb Ogos 1965, Singapura meloloskan negerinya keluar dari Malaysia untuk membentuk sebuah negara republik, Melayu tertipu dan semua pemimpin Umno terus membisu!


Walau seribu satu alasan diberikan, sejarah telah membukti; dalam perbincangan diplomatik tahap tertinggi, antara Melayu Umno dan Cina, Melayu Umno tewas!

Pemimpin Umno kerap menyatakan; yang tinggal pada Melayu hanyalah kuasa politik! Haha... perbincangan pengurusan antara negara adalah wacana politik, dan mereka tewas dalam perundingan isu Singapura. Apakah mereka masih menyangka mereka bijak dalam susun tutur helah bicara warna politik?

Sejak tarikh itu, Singapura menjadi sejarah hitam dalam sejarah politik negara. Sejarah hitam itu berulang lagi di sini dalam derita terpendam.

Pasca 9 Ogos 1965, negara Malaysia yang kaya raya dengan hasil buminya terus ditadbir urus oleh Melayu Umno bersama rakan-rakan mereka dalam perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional sehingga kini.

Pra pilihan raya umum ke-13, kita, rakyat Malaysia wajar mendiskusikan sejauh manakah ketelusan, kejujuran, keikhlasan, kebijaksanaan dan keberkesanan urus tadbir para pemimpin Melayu Umno terhadap amanah yang mereka sendiri berebut untuk menggalasnya.

InsyaAllah, bicara minda ini akan disambung sekiranya esok parlimen masih belum dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Sofi ~ Kerajaan Rakyat.