Wednesday, December 19, 2012

Pilihan raya umum ke-13: Bakal menjadi pilihan raya paling kotor


himpunan kebangkitan rakyat 12 1 2013
Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 1 2013
KUALA LUMPUR: Kumpulan pengawas pilihan raya di Malaysia, Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), semalam memberi amaran bahawa negara itu mungkin melihat "pilihan raya paling kotor" bagi pilihan raya akan datang.
Kumpulan itu yang telah berikrar mahu meneruskan kempennya bagi menghalang penipuan, berkata kelemahan seperti kesilapan dalam daftar pemilih tidak diendahkan kerajaan menjelang pilihan raya akan datang, yang harus diadakan sebelum akhir Jun depan.

Menurut kumpulan itu lagi, tugas memastikan pilihan raya yang adil terletak di pundak rakyat dan kumpulan itu akan melaksanakan kempen bagi meningkatkan jumlah mereka yang keluar mengundi, selain mendapatkan rakyat biasa sebagai pemerhati semasa pilihan raya untuk mencegah penipuan. - AFP.
Mungkin provokasi oleh polis (Klik di sini)