Saturday, December 1, 2012

Polis sebar fitnah berita kematian anggota


Polis jahat
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, polis cuba sebar fitnah kepada tahanan, menyatakan ada beberapa anggota pasukan itu maut semasa Himpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
“Semasa berada dalam tahanan di Pulapol (Pusat Latihan Polis), beberapa pegawai polis menyiasat saya. Antara soalan mereka, adakah himpunan itu berjaya atau tidak.
“Salah seorang pegawai polis terbabit mengatakan kononnya ada antara anggota mereka maut semasa bertugas di perhimpunan tersebut. Beliau juga bertanya, apa pandangan saya tentang berita kematian tersebut.
“Saya memilih untuk tidak menjawab pertanyaan tersebut, kerana pada saya ia bukan soalan interogasi, tapi hanya bertujuan untuk menabur fitnah dan cubaan untuk melakukan provokasi terhadap saya,” kata Tian ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Jenayah di Jalan Duta, hari ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika disoal peguam Latheefa Koya dalam perbicaraan kes bela diri terhadap pertuduhan melanggar perintah pihak berkuasa polis di Pulapol semasa ditahan pada hari himpunan itu berlangsung.
Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, dalam siasatan berkenaan, polis berterusan mengemuka soalan provokasi.
“Pegawai tersebut menyatakan bahawa berita kematian itu adalah yang dimahukan Bersih, bagi mencetuskan huru hara sehingga menyebabkan kematian.
“Saya sekali lagi memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut dan menyatakan saya akan jawab jika saya didakwa di mahkamah,” sambung Tian.
Hakim Tuan Mahmud Abdullah memenetapkan 4 dan 6 Februari depan untuk sambungan kes.
Tian sebelum ini diperintah untuk membela diri berhubung kes tersebut kerana didakwa tidak mematuhi perintah Deputi Superitendan (DSP) A Rajakopal supaya beredar dari kawasan Pulapol pada himpunan itu yang dianggap sebagai kawasan larangan.
Jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau RM1,000 atau kedua-duanya sekali.