Saturday, December 29, 2012

Rafizi akan bawa bekas tentera ‘serbu’ syarikat bayar kepada Deepak

tentera askar
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.
“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira  dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.
Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.
“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.
“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi.
(Berita terdahulu: klik ini)