Tuesday, December 11, 2012

Sabar menanti bubur percuma


mangsa Taufan Bopha di bandar New Bataan, wilayah Compostela Valley, selatan Filipina
NEW BATAAN (Filipina): Kanak-kanak ini sedang menanti dengan sabar giliran mereka mendapatkan bubur percuma yang diagihkan kepada penduduk di pusat perlindungan bagi mangsa Taufan Bopha di bandar New Bataan, wilayah Compostela Valley, selatan Filipina, kelmarin.
Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino, kelmarin mengisytiharkan negara itu dalam keadaan bencana, selang empat hari taufan itu melanda.
Pegawai pemerintah berkata seramai 548 orang disahkan terkorban, sebahagian besarnya di pulau selatan, Mindanao. Lagi 827 orang pula masih dilaporkan hilang.

Lebih daripada 1,000 orang dilaporkan cedera dan sekitar 370,000 penduduk kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Pengarah eksekutif agensi bencana nasional, Encik Benito Ramos, berkata Amerika Syarikat telah menawarkan pesawat pengangkutan dan helikopter bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman.
Sehubungan dengan itu, satu lagi taufan baru dijadualkan melanda kawasan barat laut Filipina, semalam. (Foto: Reuters)