Saturday, December 22, 2012

Siasat lima perkara serius dalam SD Balasubramaniam

Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul.
Datuk Johari Abdul.

Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani,  Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.
Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.
Perkara tersebut ialah:

25. “Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:
25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.
25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)
25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.
25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.
Menurut Johari, Balasubramaniam dalam akuan berkanun itu menyatakan dengan jelas nama Najib Razak, sebelum ia ditarik balik mengguna akuan bersumpah kedua. Tambahnya, akuan bersumpah kedua dirangka seorang peguam yang bersalahan dengan undang-undang.
“Untuk buat perakuan bersumpah tidak mudah. Tindakan peguam menyediakan atau draf SD adalah berat. Harus diambil tindakan kalau salah,” tegas Johari.
Ketika ditanya mengenai lafaz sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, pada 22 Ogos 2008 menafikan tidak terlibat atau mengenali Altantuya, Johari mengulas, ‘itu bukan hal yang utama’.
Terdahulu, KEADILAN menggesa lima individu iaitu Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam dan Balasubramaniam disiasat.
“Sebab itu kita minta siasat kelima mereka , sama ada wujud unsur fitnah atau elemen rasuah. Harus dijelaskan nama PM dan polis kena ambil tindakan,” katanya.