Wednesday, December 19, 2012

Sidang media mingguan Dato' Seri Anwar Ibrahim


Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN
Bermula minggu ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN akan mengadakan sidang media mingguan mengenai pelbagai isu. Selain membentangkan dasar Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), sidang media mingguan ini juga akan digunakan untuk menjawab pelbagai isu rakyat atau serangan politik dari Barisan Nasional secara tersusun sehinggalah kempen rasmi PRU13 diumumkan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengulas mengenai laporan terbaru aliran keluar wang haram (illicit fund transfers) dalam sidang media mingguan pertama yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 Disember 2012, Khamis
Jam : 1100 pagi
Tempat : Pusat Media, Ibupejabat KEADILAN, 
Merchants Square, Tropicana.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya