Sunday, December 23, 2012

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diteruskan jika BN menang pru 13


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diteruskan jika BN menang pru 13
Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga pilihan raya umum ke 13.
“Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan,” kata Bendahari KEADILAN, William Leong.
AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda.
“Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung kepada syarikat.

“Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu dikemukakan di Dewan Rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.
Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013.
“Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah,” tegas William.
Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES.
“Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem AES),” kata Wiliam.