Monday, December 3, 2012

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JPJ dan Polis mungkin dapat duit sogokan daripada pemandu teksi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) GAGAL Jalankan Tugas
Teksi HWC 5316 (pemandu India) tidak menggunakan meter di station LRT Kelana Jaya.
SPAD, JPJ dan Polis buat tak tahu, mungkin dah dapat duit sogokan!
KUALA LUMPUR 3 Dis: Perkhidmatan teksi di negara ini semakin bercelaru apabila turut diceburi oleh warga asing. Pelbagai masalah dibangkitkan dari segi disiplin pemandu, jenayah sehinggalah merampas peluang kerja warga tempatan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoal Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik yang seolah-olah menghalalkan bukan warganegara memandu teksi.
“Syarat utama menjadi pemandu teksi di Malaysia adalah warganegara. Sebab itu kita persoalkan, mengapa kerajaan keluarkan permit kepada pengusaha tanpa had menyebabkan berlaku lambakan.

“Kita bimbang teksi yang dikeluarkan atas nama syarikat ini disewa kepada warga asing yang kita tak tahu latar belakangnya,” kata Azmizam yang baru dilantik sebagai Penaung Persatuan Tuan Punya & Pemandu Teksi Kereta Sewa Klang dan Pantai Selangor.
Dalam pada itu, Azmizam memaklumkan, ada individu tertentu terutamanya bekas pegawai kerajaan mendapat permit teksi melalui syarikat proksi.
“Pemberian sebegini tidak sihat untuk industri teksi. Menganggu periuk nasi pemandu teksi (sebenar) yang puluhan tahun mencari rezeki. Kemudian terpaksa bersaing dengan warga asing,” tegasnya kepada Keadilan Daily.
Terdahulu, Azmizam mengadakan pertemuan bersama pengerusi persatuan itu, Jahaya Aziz dan lain-lain anggota di Klang, Khamis lalu.