Monday, December 10, 2012

TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG

TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG
(Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang) - Foto: Harakah

Dengan mood perubahan yang memuncak di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang, Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran negeri bersama tiga tawaran pusat untuk menyelamatkan negeri terbesar di Semenanjung daripada kezaliman Umno-BN.

Berikut adalah tawaran Pakatan


TAWARAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT NEGERI PAHANG


Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negeri Pahang pada PRU 13 nanti maka kami akan :

PERTAMA
Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA
Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA
Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT
Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA
Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil  hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM
Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang.
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang
Yb Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang

9 Disember 2012

Sultan atau Syaitan?

Perbandingan: Antara Anwar dan Najib

TAWARAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PAKATAN RAKYAT ) UNTUK NEGERI PAHANG

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti maka :

PERTAMA
Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA
Memberikan Royalti minyak sebanyak 20% setahun (bukannya 5%) kepada Kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi nanti.

KETIGA
Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut – Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub - Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR     
Yb. Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan
Tuan Hj. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS