Thursday, December 13, 2012

Umno BN Tewas pru-13: Mahathir lebih gabrah daripada Najib


lim kit siang - tunku abdul rahman
Bukan setakat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasionl (BN) memperoloehi majoriti dua pertiga pada PRU-13, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berbuat demikian.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Katanya, semalam, Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi UMNO/BN jika mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa selepas PRU-13.

Mahathir meminta ahli UMNO mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.

“Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirism yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit “Melayu mudah lupa” sebagai punca tidak puas hati di dalam UMNO sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit “Melayu mudah lupa” apabila giat berkempen menentang Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri pada PRU 2008,” katanya.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, jelas pada Mahathir, yang BN berada di hujung tanduk pada PRU-13 bukan soal jawatan Perdana Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara jawatan Perdana Menteri Najib dan legasi Mahathir.

“Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam wawancara bersama Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat daripada pengundi untuk mereformasikan UMNO adalah mengejutkan.

“Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan UMNO/BN pada PRU ke-12 2008 adalah “isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat,” katanya.

Apabila Najib mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada PRU-13 untuk mereformasikan UMNO, sebenarnya Najib mengakui dia gagal mereformasikan UMNO meskipun “isyarat jelas” daripada rakyat pada PRU-12 bahawa UMNO mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa UMNO/BN mesti diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada PRU-13.

“Jika UMNO/BN mendapat majoriti dua pertiga pada PRU-13, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi, iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada PRU-12 , memberi BN majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.

“Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada PRU-12 – Pakatan Rakyat mampu mengalahkan UMNO/BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi parlimen,” ujarnya.

Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat majoriti kecil 28 kerusi.

Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama PR dan Buku Jingga.

Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media perdana BN dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada PRU-13 dengan mudah. – Roketkini.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013