Monday, January 7, 2013

300,000 penyokong Pakatan Selangor banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)


Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR
PETALING JAYA 7 Jan: Seramai 300,000 anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan membanjiri Kuala Lumpur Sabtu ini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka.
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sebagai kotmitmen Pakatan Selangor untuk menghimpunkan sejuta rakyat pada himpunan itu yang bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat.
“Pakatan Rakyat Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama-sama dalam himpunan ini,” katanya dalam kenyataan bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Bagi mengelak kesesakan jalan raya, seluruh rakyat digesa bergerak ke ibu negara pada Jumaat dan menasihatkan orang ramai khususnya di sekitar Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam.
“Kami juga menyeru seluruh rakyat menjaga tatasusila dan tidak menghiraukan sebarang provokasi bagi menjaga keharmonian dalam himpunan ini.
“Harapan kita semoga Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013 menjadi sebahagian daripada sejarah perubahan politik negara yang kemuncaknya dalam Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya.