Wednesday, January 30, 2013

Agen perubahan lanskap politik negara


Wanita digesa ke hadapan untuk membuat perubahan dalam lanskap politik negara, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
“Wanita perlu bersama-sama buat perubahan menuju Malaysia yang lebih selamat dan baik untuk rakyat, bukan kroni,” katanya.
Menurutnya, Pakatan Rakyat bukan sahaja akan membuat perubahan, malah akan turut mempertahan hak wanita.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berucap pada majlis makan malam mengutip dana menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.
Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 itu, KEADILAN Lembah Pantai menerima sumbangan sebanyak RM25,000 untuk program Mykasih.
“Program Mykasih bagi membantu wanita Lembah Pantai. Ia merupakan satu subsidi yang lebih efisyen untuk memberi bantuan terus kepada para ibu,” kata Nurul Izzah.

“Setiap ibu dapat RM80 yang dimasukkan terus ke akaun bank mereka dengan syarat ada anak bersekolah dan mereka turut mengikuti kelas yang mendidik mereka untuk menambah pendapatan,” jelasnya.
Dalam majlis tersebut, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyumbang 10 naskah Al-Quran elektronik kepada golongan ibu yang mengikuti kelas mengaji di kawasan itu.