Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Friday, January 25, 2013

Ahli Parlimen dirakam melakukan hubungan seks


Ahli Parlimen dirakam melakukan hubungan seks ketika mabuk
SUKRE - Domingo Alcibia Rivera, pokrajinski poslanik vladajuće stranke u Boliviji, iskoristio je lokalnu proslavu da bi silovao pijanu čistačicu u dvorani regionalne skupštine u gradu Sukre. Čitavo zlostavljanje zabeležile su sigurnosne kamere.
eloooo ... You all memang tak faham bahasa Bolivia... nah ni Kerajaan Rakyat tolong translate kan.... 

LA PAZ (Bolivia): Polis telah menangkap seorang anggota parlimen Bolivia kelmarin setelah kamera keselamatan merakamkan beliau melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam keadaan mabuk dan mungkin tidak sedarkan diri.
Anggota parlimen itu, Encik Domingo Alcibia, dipercayai melakukan hubungan seks tanpa kerelaan wanita berkenaan dalam dewan perundangan.
Encik Alcibia cuba melarikan diri setelah video itu didedahkan tetapi ditangkap di sebuah bandar kecil di luar Sucre, ibu kota Chuquisaca.
Aktivis gerakan kewanitaan berpiket dan menuntut pejabat pendakwaraya supaya mengenakan tuduhan rogol terhadap Encik Alcibia.

Menurut pendakwaraya yang bertanggungjawab atas kes itu, Encik Alcibia dikenakan tuduhan menyalah gunakan kuasa tetapi tidak dikenakan tuduhan serangan seksual kerana wanita itu, yang bertugas menjaga bangunan (janitor) tidak memfailkan aduan.
Video kejadian itu dirakam kamera keselamatan selepas parti Hari Krismas pada 20 Disember lalu dan disiarkan di saluran televisyen tempatan selain turut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.
Rakaman itu menunjukkan seorang wanita, yang tidak diketahui namanya, dibawa ke dalam bilik bangunan perundangan wilayah oleh beberapa orang.
Wanita itu didudukkan di sebuah kerusi dan kelihatan tidak sedarkan diri.
Encik Alcibia, yang mabuk, masuk ke bilik itu dan mematikan lampu, menyebabkan kualiti video yang agak samar semakin terjejas.
Beliau kelihatan meletakkan wanita itu di atas lantai, membuka tali pinggang dan dipercayai melakukan hubungan seks dengan wanita itu.
Beberapa minit kemudian, lampu terbuka semula dan Encik Alcibia dilihat bangun dan memakai semula seluarnya sebelum meletakkan wanita itu kembali di kerusi.
Apabila kejadian itu didedahkan, Encik Alcibia, berkata bahawa beliau tidak ingat apa-apa kerana dalam keadaan mabuk tetapi menafikan mengadakan hubungan seks dengan wanita itu. - AP.