Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Wednesday, January 2, 2013

Ambil jangan tak ambil, semua ni bukan duit laki Rosmah dan bukan duit tabung Semah


BR1M
Sebahagian rakyat yang telah digula-gulakan oleh Umno BN
KUALA LUMPUR – Pelbagai bantuan dan insentif bakal ditabur untuk mengabui mata segenap lapisan masyarakat di negara ini pada tahun depan hasil daripada pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 28 September lalu.
Paling menarik ialah sebahagian besar peruntukan yang dibentangkan dalam bajet tersebut adalah umpan Najib untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Antaranya ialah program gula-gula yang dijadikan umpan pilihan raya umum ke-13 oleh regim zalim Umno BN adalah: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, Skim Rumah Pertamaku, penurunan kadar cukai pendapatan individu, bonus satu bulan gaji kepada 1.3 juta penjawat awam serta bantuan wang tunai kepada 5.4 juta pelajar sekolah.

Umpan itu tidak termasuk bantuan dan insentif lain seperti elaun bantuan sara hidup nelayan, peningkatan pencen minimum, sumbangan kepada bekas tentera, (bekas tentera, sila baca fakta sebenar di sini), rebat pembelian telefon mudah alih pintar 3G (rebat ini adalah kaedah regim zalim Umno BN merembat duit rakyat untuk kroni mereka)  dan Baucar Buku 1Malaysia.
Insentif dan bantuan yang disebut itu dianggarkan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM10 bilion oleh kerajaan untuk rakyat melalui Bajet 2013. Ingat baik-baik, RM10 billion ini adalah duit rakyat, bukan duit nenek Semah Mansor.