Tuesday, January 22, 2013

Bakar Injil guna kalimah Allah

Bakar Injil guna kalimah Allah
Presiden NGO pro-Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali menjelaskan bahawa beliau menyeru supaya membakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah untuk menyedarkan pihak yang didakwanya cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ibrahim berkata seruannya itu juga bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan penganut Kristian.

"Kita menghormati agama Kristian dan bukan niat saya menyinggung atau menyakiti oranglain. Kita banyak bertolak ansur.


"Namun apabila kita menyuarakan reaksi terhadap perbuatan pihak tertentu menyebarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, ramai yang melenting," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Seruannya itu menerima tentangan keras dari pelbagai pihak, antaranya MP Puchong Gobind Singh Deo yang mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Gobind berkata Najib tidak boleh lagi berdiam diri dengan kenyataan Ibrahim yang didakwanya bersifat "jenayah" itu.

Katanya, Najib juga perlu membuktikan keikhlasannnya kepada golongan Kristian di Malaysia bahawa kerajaan "tidak melupai" mereka.

Calon pru-13: Hanna Yeoh

Kami yang bernama rakyat