Sunday, January 13, 2013

Bila polis tidak kacau, Perhimpunan Kebangkitan Rakyat berjalan lancar!

Bila polis tidak kacau, Perhimpunan Kebangkitan Rakyat berjalan lancar!
Maka tercatat sudah satu lagi sejarah kebangkitan rakyat menentang regim zalim Umno BN. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka petang tadi telah berlangsung dengan penuh aman, tertib dan harmoni.

Suasana perhimpunan kali ini amat jauh bedanya jika dibandingkan dengan banyak himpunan rakyat yang lalu. Hampir keseluruhan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat merasa lega kerna tiada gangguan daripada pihak polis sepertimana yang kerap dilakukan dimasa-masa terdahulu.

Perhimpunan kebangkitan rakyat tidak sama, malah amat jauh bedanya jika dibandingkan dengan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh regim Umno BN. Dalam hampir setiap perhimpunan anjuran Umno BN pasti, malah seakan wajib, diagendakan dengan berbagai bentuk hiburan yang melalaikan.


Perkembangan ini amat membanggakan rakyat yang mendukung prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman sepertimana yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara.

Keselesaan, rasa muhibah dan keharmonian yang tergambar dalam perhimpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka petang tadi dengan jelas menjawab segala tohmahan kerajaan Umno BN dan pihak polis terdahulunya bahawa kononnya para peserta perhimpunan yang memulakan provokasi atau bertindak kasar.

Kerajaan Rakyat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada peserta Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 12. 1. 2013 yang telah datang dari seluruh pelusuk negara. Terima kasih dan syabas juga kepada pihak polis kerana telah mula mengerti dan faham apa yang mereka sepatutnya lakukan dalam setiap perhimpunan rakyat. Polis tidak harus tunduk lagi kepada arahan songsang daripada pemimpin regim zalim Umno BN.  (provokasi PDRM dimasa lalu)

Sofi Yassin ~ Kerajaan Rakyat

Pakatan Rakyat atau BN?

Kenangilah jasa mereka