Saturday, January 26, 2013

Izmil Amri hina masyarakat Melayu Johor


Berikut adalah email Kerajaan Rakyat kepada editor Roketkini:

Kerajaan Rakyat
Kerajaan Rakyat
Saya mengikuti perkembangan politik negara dan menjadi pembaca tetap Roketkini. Saya juga adalah antara jutaan pendokong Pakatan Rakyat yang turut sama menyumbang sekadar terdaya dalam perjuangan rakyat untuk menumbangkan regim zalim Umno BN.

Sejujurnya, setelah membaca artikal bertajuk  "Unik dan hebatnya ‘Bangsa Johor’", oleh Izmil Amri, saya rasa penulisnya keterlaluan dalam penghinaannya terhadap orang Melayu Johor. Dihati kecil, saya juga mula meragui keikhlasan 'RoketKini' dan saudara Izmil Amri terhadap masyarakat Melayu, terutamanya yang berasal dari Johor.

Sebagai anak jati Johor, menetap di Kuala Lumpur, yang mendokong penuh perjuangan Pakatan Rakyat, tulisan saudara Izmil Amri amat mengecewakan saya. InsyaAllah saya akan menulis penentangan terbuka saya terhadap sikap ego saudara Izmil Amri melalui penulisannya yang pada hemat saya tidak langsung menyumbang kepada usaha 'menyentap lembut' hati dan perasaan orang Melayu seluruh negara, khasnya di Johor untuk bersama dalam perjuangan Pakatan Rakyat, DAP khususnya.

Apakah saudara Izmil Amri merasa dirinya terlalu hebat, terlalu pandai sehingga dengan angkuh dan sombong menuduh masyarakat Melayu Johor seumpama itu?

Saya kira, apa yang telah ditulis oleh saudara Izmil Amri itu hanya akan mengakibatkan para pembaca yang mula cuba memahami dan menyokong DAP, menjauhkan diri daripada perjuangan DAP. 

Nota: Perlu diingat, penentangan saya terhadap cara penulisan sdra. Izmil Amri yang dimuatkan di Roketkini, bukan terhadap perjuangan DAP secara pukal. Malah kritikan saya juga tidak sama sekali menafikan kegampangan dan keceluparan pimpinan BN, terutama MCA! 

Salam Takzim,