Tuesday, January 22, 2013

Datuk Husam Musa fail permohonan injuksi ke atas Petronas


Peguam mewakili exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti – yang sepatutnya diperolehi kerajan negeri –  kepada kerajaan persekutan atau ejennya.
Permohonan itu difailkan melalui firma peguam kanan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan memohon bayaran tunai berjumlah lima peratus daripada nilai petroleum, sama ada di darat atau di perairan Kelantan, yang menjadi isu dalam kes yang dipertikai kerajaan negeri pada 2010.

Husam memohon injuksi untuk memaksa Petronas, dengan pendedahan penuh, agar wang untuk kerajaan Kelantan itu dimasukkan dalam satu akaun yang mematuhi syariah sehingga satu notis dibuat oleh mahkamah.

Beliau juga mahu mendapatkan arahan mahkamah untuk memaksa Petronas menyediakan akaun yang menyenaraikan bayaran kepada kerajaan persekutuan dalam tempoh 14 hari selepas arahan tersebut.