Wednesday, January 16, 2013

Datuk Seri Najib arah Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional(BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini


Barisan Nasional (BN)
KUALA LUMPUR: Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi BN sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
"Ini bermakna semua bahagian seluruh negara mempunyai masa lebih kurang dua minggu bagi mempersiapkan PDM masing-masing sama ada urusan menyewa atau mengenal pasti bangunan atau lokasi PDM di bahagian masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis Tinjauan Mesra Penerangan ke PDM Parlimen Ampang dan Pandan di sini Rabu.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno juga mengingatkan setiap PDM perlu dilengkapi bendera Umno dan BN serta maklumat pengundi selain dipenuhi dengan aktiviti harian.
"Saya dah tulis surat pada semua bahagian agar dijalankan aktiviti seperti yang telah ditetapkan iaitu Setiap Hari Ada Program Di PDM (SHADPDM) mengikut kaedah yang telah mula dijalankan di beberapa bilik gerakan mulai tahun lepas," katanya.
Katanya ini bermakna akan terdapat 7,531 PDM di seluruh negara manakala terdapat beberapa Umno Bahagian di beberapa negeri telahpun membuka PDM masing-masing. - BERNAMA