Monday, January 7, 2013

Dua maut dijangkiti H1N1


BEIJING: Dua wanita China maut akibat dijangkiti virus flu H1N1 di Beijing sejak 10 hari lalu, kata sebuah media China, semalam.
Ini kematian pertama dilaporkan berpunca daripada virus tersebut di ibu kota China itu sejak 2010.
Seorang pesakit barah berusia 65 tahun meninggal dunia Jumaat lalu, manakala seorang pendatang berusia 22 tahun meninggal dunia pada 27 Disember lalu, kata laporan akhbar Beijing Daily dalam laman webnya, sambil memetik maklumat daripada Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDCP) China.
Kes flu di Beijing berada pada paras tertinggi sejak lima tahun lalu dan virus jenis H1N1 adalah yang paling dominan, kata pengarah pusat itu, Encik Deng Ying. - Reuters.