Wednesday, January 9, 2013

Filem ini lebih lucah dari filem Datuk T. Berapakah Umno bayar untuk setiap pelakonnya?

Pengambaran Rahsia Iklan Masalah Air Selangor Untuk Sabotaj Pakatan Rakyat

Pengambaran Rahsia Iklan Masalah Air Selangor Untuk Sabotaj Pakatan Rakyat. IKLAN ini akan keluar menjelang pilihan raya umum ke-13 / PRU-13. Saksikan di TV, mungkin ia akan dinobatkan IKLAN 'terbaik' dan akan memenangi beberapa 'anugerah oscar' dan lain-lain.

BN sedang melakukan penggambaran rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri dalam isu air di Selangor.

Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air, konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut.

BN UMNO tidak habis-habis menipu rakyat yang kononnya Selangor mengalami masalah air. Rakyat perlu tahu CEO SYABAS, Tan Sri Rozali adalah bendahari umno Selangor dan kuasa ditangannya untuk arahkan menyatu air di Selangor. Apa yang dimaklumkan semua loji rawatan dan empangan air Selangor melimpah ruah airnya, tapi pihak syabas sengaja menyatu air untuk memberi gambaran kononnya Selangor mengalami krisis air.


- Sumber.