Wednesday, January 9, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari: Stadium Merdeka lulus


Himpunan Kebangkitan Rakyat 12. 1. 2013
KUALA LUMPUR: Maklumat tidak rasmi diterima sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Jawatankuasa HKR ketika ini difahamkan sedang mengadakan perbincangan di Pejabat Agung PAS di sini.

Satu kenyataan rasmi oleh jawatankuasa itu akan dibuat pada sidang media khas sejurus pertemuan itu sebentar nanti.

Maklumat berhubung kebenaran pihak stadium ini juga sedang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter pimpinan Pakatan Rakyat.

Jika maklumat ini benar, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat akan berlangsung di stadium.