Thursday, January 10, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013: Belajar Pilih Menantu

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013: Belajar Pilih Menantu
Liza Hani
Salaam kengkawan. Hari ini mari kita belajar cara pilih menantu. Kalau hendak pilih menantu, kena kaji selidik betul-betul. Ibu bapa kena peratikan macamana kelaku individu yang kita hendak jadikan menantu. 

Pilih menantu ni bukan bolih main agak-agak je. Kalau perangai macam pelesit, jangan kita ambil jadi menantu, bimbang dia jadi hantu.  

Sama juga macam hendak mengundi. Hendak pilih wakil rakyat, hendak pilih kerajaan, bukan bolih main pangkah je. 




Masa hendak pilih wakil rakyat, kita kena tengok kelaku calon tu. Kita kena kaji perangai dan prinsip parti yang wakil itu wakili. Sebagai contoh, kalau sudah 55 tahun perintah, tiada kerja lain, asyik menyamun harta rakyat, menindas rakyat, perangai kalahkan jin aperet, janganlah kita undi dia.